Far Ai's

Portfolio

Qowiy.

Leave a Comment
Pain.
  14 tahun berlalu. Sejak dia bertemu jejak pelik pada diri. Tapi pada saat dan ketika itu diri masih mentah. Hidup masih bebas dari segala belenggu duniawi. Apa sahaja yang difikir oleh kanak-kanak yang berusia setahun jagung melainkan ingin terus bebas berfantasi dalam alam sendiri. Sedekad berlalu masih belum dapat kesan apa yang ada pada diri. Lalu tahun demi tahun dihadap sehingga terbongkar rahsia peritnya menahan kesakitan di saat sendiri.

  Seawal usia 14 tahun dia hadap sakit yang pada asalnya menjadi tanggapan umum dan biasa dari penduduk bumi. Tapi kesakitan yang dinilai manusia sekeliling tak seperit yang dilalui empunya diri. Pening. Runsing. Keliru. Seakan-akan bersatu hadir untuk membunuh seketul jiwa yang suci. Hari demi hari keperitan yang dialami semakin agresif. Tapi apa yang si jasad rasai hanyalah mampu dipendam dalam hati. Sakitnya dalam diri tak mudah ditafsir dengan bicara budi. Lalu dia pendam dan pendam sambil berlalunya saat dan hari.

  Dan kini, 4 tahun mendatang telah dilalui. Kesakitan ditambah dengan hadirnya cecair merah dari hidung yang menyembah bumi tak henti. Seakan dengan halusnya bersatu untuk membunuh. Tapi malangnya takdir si gadis. Apabila tiada siapa peduli keperitan yang diredahi. Hari-hari menanti saat bebasnya diri dari belenggu iblis.

  Kegelapan adalah teman. Tangisan adalah jiwa. Hentukan adalah penawar. Keperitan dia pendam. Kesakitan dia hadam. Sehingga jiwa yang dahulunya periang kini jadi pendiam. Keterdesakan hidup telah berhasil mengaburi mata manusia manusia penting di sekeliling untuk terus berlalu tanpa berpaling.

  Bonekanya kehidupan di saat adab sendiri menjadi akar umbi, lalu dengan megah kau persoal apa yang terjadi? Terlalu banyak yang dia pendam dalam hati. Menempah kasih di saat sendiri. Meratap dalam indahnya kegelapan. Apa ada kau peduli? Dan kini tawarnya jiwa dan hati memaksa dia untuk butakan pancaindera yang dianugerahi.

Aasif jiddan andai perilaku diri ini telah merobek hati kalian. Tapi dia perlu sendiri. Sendiri untuk mencari diri kembali. Diri yang dulunya kalian abaikan seolah dia tidak punya rasa dan hati. 
El-Mujahidah. 
12 April 2018M bersamaan 26 Rejab 1439H.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment